Sunday, 24 January 2010

Shushi tabehoudai

Hari ini saya berpeluang makan shushi dengan banyak dan nikmatnya. Saya telah di ajak oleh rakan untuk menikmati shushi tabehoudai ( shushi buffet)

Bezanya buffet shushi, hendaklah order ikut pilihan kita. Kita boleh makan sebanyak mana yang mampu, order dan tunggu dibuat. Bermakna shushi tersebut memang segar dan lazat.

Kesempatan ini, kami memilih hampir semua jenis shushi...( punya la tamak...kekekek). Pilihan pertama, salmon, ikura dan beberapa ikan. Kemudian pilihan seterusnya jenis yg cengkerang , sotong, unagi , whale...semuanya yg pelik2 dipilih dan dicuba.

Alhamdulillah, sedap dan semput makan. Hidangan terakhir terpaksa digagahi juga untuk dihabiskan. Jika tidak habis, harus membayar harga yg tidak habis. ( ini berlaku di beberapa kedai di jepun bagi emngelakkan membazir). Maka tidak lah main order serborono saja kemudian tinggal tak makan.

Saya masih ingat, ramai kalangan orang kita yang jika pergi buffet di hotel misalnya, begitu gemar mengambil beberapa hidangan penuh pinggan tapi makan sikit kemudian tinggalkan aje. Memang membazir. Minta maaaf, jika saya katakan kalangan wanita yang kerap berkelakuan begini, tanpa mengira darjat, pangkat ataupun ilmu pengetahuan. Suka benar ambik penuh pinggan, cuit2, kacau2, tinggalkan aje. Alasan.tak apa dah bayar dah pun!!!

Sementara rezeki yang ALLAH berikan, seeloknya kita hendaklah sama-sama beringat, hari ini rezeki kita, mana kita tahu , esok lusa rezeki ktia ditarik semula. ALLAH MAHA KAYA..walaupun bijak kita merencana, ALLAH MAHA AGUNG menentukan segala perancangan kita.

Salam hari Isnin buat semua

Monday, 18 January 2010

Musim sejuk datang lagi

Saya begitu bersyukur musim sejuk tahun ini, saya masih lagi di bumi matahari terbit ini.Saya begitu gembira di musim sejuk ini.

Sungguh, saya tak pernah menduga akan berada di sini dalam tempoh yang agak lama. Berbagai dugaan mendatang, berbagai cabaran buat kami dan keluarga di sini.

Sebelum penghujung 2 tahun di sini. Sudah gempar war war , tempoh suami saya cukup hanya 2 tahun. Waktu itu, beberapa saudara mara yg hendak melawat ada yang terpaksa batalkan hasrat kerana bimbang nanti dah beli tiket untuk tempoh lama, kami telah pun di panggil pulang. Memang waktu itu berbagai cerita begolak sana sini. Malahan setiap kali saya undang sahabat untuk Hari Raya...saya sering merasakan itulah raya terakhir di bumi Nihon ini.

Alhamdulillah, Musim sejuk kali ini datang lagi, saya berpeluang lagi merasa sejuknya cuaca dalam teriknya matahari. Indah....nikmat dari ALLAH.

Saat paling gembira di musim sejuk bila berpelaung bermain salji. Minggu sudah, saya berdua dengan Farah dan beberapa rakan telah ke Hatoriko, Fukushima untuk bermain ski dan snowboard. Memang begitu menggembirakan.

Saya tidak pernah jemu bermain ski....tak akan jemu. Nikmatnya berada di puncak bukit dan meluncur laju ke bawah di kelilingi salji dengan suasana yang begitu menakjubkan. Saya gembira Farah turut minat yang sama. Walaupun begitu baru buat Farah, tenaganya tidak patah. Farah ditemani Aunty yang cukup baik hati, aunty Waniey yang sabar temankan dan memberi petua2 snowboard. Saya pula bersama Rozi yang begitu gigih dan kuat semangat. Rozi yang merupakan agak baru ber ski, di hujung hari dah pandai meluncur laju...belum zig zag aje lagi.
InsyaAllah jika ada rezeki, sebelum cairnya salji, akan meluncur lagi.

Pengalaman kali ini begitu indah... awal pagi, opsss...saya dan farah hampir tertinggal dek bas. Terima kasih tak terhingga buat suami yg hantarkan terus ke Ikebukuro....huhuhuuu giri giri kata orang Jepun. Terima kasih juga kerana menjaga 3 anak2 lagi, Nabila, Naim dan Zarif.

Gambar-gambar, belum sempat upload lagi.

Sunday, 10 January 2010

Bijak tak bertempat

Belum pun seminggu di tahun baru. Banyak kali terserempak dan terpaksa menghadapi manusia yang bijak tak bertempat ni. Manusia sebegini yang dengan sengaja berbuat sesuatu bertujuan untuk menyakitkan hati, mencabar tahap sabar dan keimanan kita.

Alhamdulillah, suami sentiasa memberi nasihat dan sokongan kepada saya. Pesan beliau. Manusia yang sebegitu biarkan mereka dengan rasa marah /benci mereka dan biarkan mereka berusaha menjatuh dan memalukan kita. InsyaALLAH, jika kita benar, jangan kita biarkan hati kita terasa marah, benci atau sakit hati. Hendaklah menjaga solat setiap waktu, berdoa tanpa jemu, mohon dari ALLAH yang MAHA ESA. Kalau bukan esok, lusa, bulan depan..tahun depan...yang buruk terserlah juga. Kalau bukan kepada dirinya, anaknya, cucunya, ahli keluarganya akan juga terima buruknya. ALLAH MAHA ADIL.

Tujuan utama kehidupan ini, semoga kita dan keluarga sentiasa dalam limpah rahmat dan berkat dari ALLAH. Berusahalah setiap hari mendidik anak2 semoga menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaALLAH, rezeki dari ALLAH dalam berbagai rupa bentuk, bukan hanya wang ringgit. Kesihatan, kegembiraan, ketenangan adalah juga rezeki yang tiada nilai bandingannya.

Salam buat semua ...marilah kita mulakan hari dengan berdoa sentiasa. Amin

Sunday, 3 January 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Salam buat semua sanak saudara dan rakan taulan, Selamat Tahun Baru 2010. Saya mendoakan semoga tahun 2010 akan memberi sinar dah harapan kepada semua.

Alhamdulillah, saya dan keluarga masih berkesempatan merayakan tahun 2010 di bumi Jepun ini. Saya masih ingat semasa September 2008, ada khabar berkias menyatakan tugasan suami akan tamat selama 2 tahun sahaja. Sehinggakan apabila rakan dan saudara yang berhasrat untuk berkunjung ke sini terpaksa ditangguhkan. Agak terkilan sebenarnya tetapi apa kan daya.

Beberapa bulan lalu juga, agak kencang khabar bertandang, saya sebenarnya sudah bersedia untuk berangkat pulang bila-bila masa sahaja. Semasa merayakan Aidilfitri 2009, terasa itulah kali terakhir bertemu rakan rapat dan adik2 yang sentiasa menyokong, menghiburkan saya di Tokyo ini. Tidak saya duga, bertemu lagi sewaktu Aidiladha dan seterusnya awal tahun ini bertemu lagi.

Sungguh, saya sendiri secara peribadi memang rindukan tanah dan rumah ibu di kampung. Minggu lalu, sewaktu saya telefon ibu di kampung, hati saya sayu dan rindu teramat. Saya menitiskan airmata, terasa jauh dan benar2 kerinduan. Saya rindukan emak dan bapa yang semakin tua di kampung. Saya masih rindukan masak cabai ikan bawal emak saya. Gulai ikan semilang emak saya. Bihun goreng emak saya dan udang goreng kunyit emak saya. Saya rindukan bau wangi bedak emak saya setiap kali saya menciumnya. Saya rindukan segala-galanya.

Demi suami, demi keluarga, saya di sini. Saya gembira dan saya bersyukur hari-hari saya di sini penuh dengan keceriaan. Saya mengharapkan tahun 2010 akan memberi kebahagiaan, kehidupan yang lebih dirahmati ALLAH, sentiasa dalam lindungan dan limpah rahmatNYA.

Semoga kita semua bahagia...amin

Tuesday, 29 December 2009

Hakuba Goryu - Nagano




Terima kasih buat suami kerana dapat juga bercuti untuk bersama-sama menikmati indahnya salji dan cantiknya suasana. Sewaktu mula dipelawa, agak berbelah bagi kerana suami sebenranya tidak dapat bercuti, akhirnya tawakkal dan dapat juga cuti sehari..memang seronok.

Percutian kali ini merupakan kali pertama bercuti musim sejuk. Ribuan terima kasih buat adik2 Tokodai, Ilhami khususnya yang dilantik sebagai ketua rombongan kali ini. Agak ramai semuanya. Saya dan keluarga sempat berkenalan dengan beberapa adik2 baru, yang ramah mesra dan baik belaka.

Kami bertolak awal pagi Sabtu menaiki kereta sementara adik2 lain telah menaiki bas pada malam sebelumnya. Perjalanan begitu lancar tapi kami tersesat sedikit yang mana sepatutnya keluar highway dan masuk semula satu lagi highway, malangnya ikut navigator kami melalui jalan kampung yang berbelit macam ular kena palu. kasihan Zarif , terus muntah dan lembik, kebetulan Zarif baru lepas makan..lembik longlai. Alhamdulillah menjelang tengahari sampai ke Hakuba,( 12.35tgh)

Terima kasih kepada tuanpunya Hotel, ( San Maruto Hotel) yang membenarkan check in awal, (sepatutnya pukul 3.00ptg). Masuk bilik, kemaskan Zarif..terus ke ski area. Tak jauh hanya 400m sahaja dari Hotel. Nabila, Farah , Naim tak sabar2 bermain. Zarif masih penat..dan terkejut kesejukan,..akhirnya pukul 2.30pm saya dan Sheen ke bilik. Makan-makan dan berbual2...( tahan rasa teringin nak ski..hehhehe)

Makan malam yg disediakan begitu mewah. Terima kasih buat Ilhami yang telah menerangkan kepada tuan hotel bahawa kami tak makan daging/ayam dsb. Beberapa jenis ikan menjadi hidangan. Memang makan hingga kenyang sungguh!!!! dengan dessert dan aiskrim lagi.

Esok awal pagi selepas sarapan. ( yang mewah dan sedap bangat!!) Terus ke ski, saya seorang sahaja yg main ski..ish ish..golongan tua la kata kan!!! Selepas tengahari kesemua sepakat naik gondola ..tu dia...seronok...pemandangan sangat cantik...begitu nyaman dan cantik...!!! Hingga ke puncak..one of the peaks of Japan Alps. Memang menakjubkan. Saya berski dengan penuh gaya dan jatuh gedebuk berkali-kali..punya la banyak kali, sampai terror bangun sendiri sudahnya!!! Ramai la adik2 pakat tolong...bila di bawah nun, baru perasan , boots saya unlock semasa jatuh berguling2 tu, padanla rasa allignment lari aje....dok ingatkan kaki dah penat sgt!!!

Farah pula dah selesai belajar snowboard selama 2 jam. Tengahari sewaktu saya jatuh berguling2 nun, Farah masuk kelas snowboard. Sebelum pulang petangnya. Saya dan Farah sempat bersama-sama naik ski lift dan turun sama-sama.

Esoknya awal pagi, saya bersama Farah berski dan snowboard. Mulanya pergi ke trek beginner sahaja. Perasaan saya begitu bangga, seronok, gembira dan rasa tak terkata bila saya mampu bersama-sama Farah menuruni salji yg landai dan bersama beriringan ke bawah dari puncak. Setiap kali Farah jatuh , saya akan ke sisinya dan bertanyakan, ` Farah..are u OK?` ...dan saya akan bantu Farah bangun. Saya begitu menghargai saat-saat ini. begitu indah. InsyaAllah ada rezeki, saya akan pujuk Nabila sama bermain salji. Memang seronok.

Terima kasih teramat buat suami yang sepanjang hari menjaga Zarif, Naim dan Nabila. Saya sayang keluarga saya dan saya bangga dan bersyukur sangat sangat.

Monday, 21 December 2009

Cuti Musim Sejuk -cuti hujung tahun.

Bermula 18 Disember 2009, anak-anak saya bercuti. Umur semakin meningkat , Farah 10, Nabila 8 dan Naim 6, Zarif dah nak masuk 2 tahun lagi 2 bulan. Saya merasakan rumah saya semakin sempit dan kecik. Ya ALLAH, riuhnya anak-anak bermain. Semalam pasu bunga kesayangan saya pecah. Pasu tersebut menyimpan kenangan dari Kak Zawiah.Saya sayang pasu dan pokoknya.... Nak marah ..penat. Sudahnya saya minta orang gaji kemaskan pokok bunga yang bertabur dan saya masuk bilik...terus tidur. Lama betul tak tidur petang. Bila bangun dah malam....sekarang ni maghrib awal, 4.28 dah gelap dah.

Aktiviti cuti sekolah, antaranya masak menu anak-anak. Riuh betul, dengan Zarif nak belajar bercakap...toe pet pot tet entah apa yg dia sembangkan, siap dgn gaya tangan dan mata terpejam pejam bercerita kadang tu.

Hujung tahun pula, suami agak sibuk dengan urusan kerja. Saya dan anak-anak bercadang hendak berjalan-jalan santai di mana-mana shopping kompleks hari ni. Biar riuh di luar pulak. Sambil jamu mata dengan year end sales...waaa.....jangan yen bertabur sama sudahlah. Anak-anak dah besar, pandai demand itu ini kadang tu.
Sesekali memang tak salah, bak suami selalu ingatkan, rezeki kita ni dari anak-anak sebenarnya. ( sebab suami saya lebih suka berbelanja dari saya!!)

Cuaca pula begitu sejuk...dah 1 digit, sekitar 7-8, dan bila angin bertiup , sejuk hingga ke tulang rasanya..memang sejuk betul. Matahari terik dengan cuaca sejuk memang lah satu pengalaman yang begitu indah..nikmat penuh hikmah.

Selamat cuti cuti hujung tahun.

Friday, 18 December 2009

Salam Maal Hijrah

Hari ini, saya bersyukur ke hadrat ALLAH, diberi peluang bernafas dan merasa nikmat tahun baru Hijarah 1403.
Awal pagi seawal subuh, saya diduga dengan gempa bumi. Tak begitu kuat tetapi debaran dan risau tetap ada. Gempa bumi sesuatu yang diluarjangka. Walaupun secara teori di ajar dan dilatih untuk bertindak, tetapi bila terjadi, sungguh tak tahu nak buat apa-apa sebenarnya.

Merasai pengalaman gempa di Jepun dah kerap kali. Tiap kali berlaku, saya hanya duduk diam dan berdoa kehadrat ALLAH, mohon semua selamat. Mohon segera berlalu gempa ini.Sungguh tak tahu nak buat apa-apa. Pernah di bulan ramadan, agak kuat gempa, berlaku di siang hari. Saya panggil anak-anak..duduk diam-diam keliling saya.

Pengalaman pertama merasai gempa bumi sewaktu megandungkan Farah. Saya sendirian di rumah, begitu kuat, frame gambar bergoyang-goyang dan ada yang jatuh. Hiasan bergegar-gegar. Saya hampir menangis sewaktu tu. Setelah reda...saya cuba telefon suami di pejabat..talian telefon putus.. maka saya terus la menangis. Hampir 20-30 minit baru telian telefon ada semula. Memang saya tak lupa pengalaman tersebut. Saya masih ingat nasib baik saya dalam bilik , duduk santai menonton TV waktu itu. Memang menakutkan.

Sempena tahun baru, saya buatkan kek dan masak mushroom sup untuk anak-anak saya. Saya rasa tak ada salahnya menceriakan anak-anak. Kebetulan hari ini hari terakhir mereka ke sekolah sebelum cuti musim sejuk bermula. Tetapi seperti tahun-tahun sebelumnya, saya potengkan aje anak saya di hari terakhir kerana hanya perlu hadir 2 jam untuk mass ( ceramah catolic). Cikgu pun tak ambil pusing bila saya baritau anak-anak tak datang.

Sebelah petang, saya dating dengan suami, kerana pejabat suami juga cuti. Anak-anak diberi mainan baru utk cuti Tup-tup sehari dah selesai main...camner tu???

Seterusnya saya masih dalam usaha untuk putus kan susu badan dengan Zarif, umur Zarif dah 1 tahun 10 bulan 2 minggu. Alhamdulillah, usaha minggu lepas hampir berjaya, cuma waktu malam sahaja tak boleh tinggal lagi. Harap berjaya bila mencapai umur genap 2 tahun nanti.

Salam Maal Hijrah buat semua. semoga hidup kita sentiasa dalam rahmat dan berkat dari ALLAH. Amin.